Shahidan, Ismail & Zahidi sah dipecat serta merta dari UMNO

Shahidan, Ismail & Zahidi

BAGAN DATUK – Tiga pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan bebas pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) ini dipecat dari parti berkuat kuasa serta merta.

Mereka ialah Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang masing-masing bertanding di Parlimen Arau dan Maran atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Seorang lagi ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang bertanding bebas di Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata turut menerima tindakan sama ialah pencadang dan penyokong dalam proses penamaan calon ketiga-tiga pemimpin tersebut sekiranya mereka ahli UMNO.

“Mereka yang tidak terpilih (sebagai calon) dan menjadi calon parti lawan, Perlembagaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ada hak untuk pecat mereka secara automatik, begitu juga pencadang dan penyokong (jika ahli UMNO).

“Ia adalah perkara biasa berdasarkan tata cara dalam UMNO dan BN,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.

Menurut Pengerusi BN itu, beliau sudah mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan untuk mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu hari ini termasuk menyatakan fasal tertentu dalam perlembagaan parti yang membenarkan tindakan tersebut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker