11,000 banduan PATI dihantar pulang, kurang kesesakan penjara

KUALA LUMPUR: Kira-kira 11,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dihantar pulang tahun depan untuk mengurangkan jumlah kapasiti banduan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 dalam penjara.

Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim berkata, ketika ini penjara telah melebihi kapasiti sehingga berlaku kesesakan.

“Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata sekitar 11,000 pendatang tanpa izin akan dihantar pulang dalam tempoh yang kementerian itu tentukan pada tahun depan.



“Sejumlah 10,000 banduan yang menjalani hukuman tidak lebih tiga tahun pula dihantar ke pusat-pusat pemulihan untuk menjalani latihan dalam bidang seperti pembinaan, pertukangan dan perladangan atau sektor 3D dengan dukungan pihak swasta,” kata Rais.

Anggota PGA ditahan cuba seludup pendatang tanpa izin

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas mesyuarat kali kedua Jawatankuasa Bersama Kesejahteraan Rakyat hari ini.



Mesyuarat turut disertai Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Pada 10 Dis lepas, Dewan Negara dan Dewan Rakyat bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang dalam menangani penularan Covid-19 di penjara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker