[VIDEO] Hati-hati Bila Buang Bungkusan Barangan Dibeli Atas Talian
POLIS sentiasa memantau semua sindiket penipuan termasuk melibatkan penipuan menerusi maklumat yang terdapat pada bungkusan barangan yang dibeli menerusi platform atas talian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kaedah pembelian barangan secara atas talian kini telah menjadi trend masyarakat.
“Setakat ini tiada lagi laporan berkaitan kes-kes sebegini. Tetapi kita sentiasa memantau sekiranya terdapat penipuan yang menggunakan modus operandi tersebut.
“Kita juga ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila membuang sampul surat atau bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress wACspHuf]
Zainuddin mengulas berkenaan satu video yang tular melibatkkan aktiviti penipuan dengan menggunakan maklumat peribadi yang terdapat pada bungkusan barangan yang dibeli di platform atas talian-SuaraMerdeka
Lelaki ugut pelayan restoran guna pistol tiruan dibeli di media sosial ditahan polis
You must be logged in to post a comment.