Kami tak terima maklumat serangan di India, kata KPN

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya tidak menerima maklumat daripada agensi penguatkuasaan mengenai satu kumpulan etnik Rohingya yang berpangkalan di Malaysia merancang serangan kegananasan di India.

Terdahulu, The Times of India (TOI) melaporkan agensi perisikan India dipercayai memintas transaksi kewangan yang menunjukkan kumpulan terbabit mungkin di peringkat akhir rancangan untuk melancarkan serangan di negara itu.

“Ini berita untuk saya. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara ini daripada mana-mana agensi penguatkuasaan,” kata Hamid kepada FMT.

Menurut laporan TOI, agensi perisikan itu menyebut kumpulan terbabit yang dipimpin seorang wanita dilatih di Myanmar, mungkin akan melancarkan serangan di sebuah bandar di India dalam beberapa minggu akan datang.



Powered by Streamlyn

Dokumen perisikan yang dilihat oleh TOI menyebut sejumlah transaksi disyaki berpusat di India melibatkan lebih RM820,000 dijejak ke seorang pemimpin Rohingya yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan beberapa pihak lain.

Sumber perisikan berkata mereka cuba menyiasat sama ada sebuah kumpulan militan Rohingya, yang mendapat perhatian tahun lalu kerana mengutip dana untuk pelarian Rohingya di Malaysia, terlibat dalam pindahan itu.

Laporan TOI juga berkata, pihak berkuasa India turut menyiasat sama ada transaksi berkenaan berkait dengan pendakwah Zakir Naik, yang diberikan status pemastautin tetap di Malaysia.



Naik dikehendaki oleh pihak berkuasa India sejak 2016 atas pertuduhan pengubahan wang haram dan menggalakkkan ekstremisme melalui ucapan beliau. FMT

Kumpulan berpangkalan di KL mungkin rancang serangan keganasan di India



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker