Covid-19 : 1229 kes hari ini dengan 4 kematian

Walaupun menurun berbanding semalam, jangkitan Covid-19 masih mencatat empat digit sebanyak 1,229 kes pada hari ini, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 83,475 kes.

“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,667 kes,” katanya pada satu kenyataan hari ini

Terdapat empat kematian direkod pada hari ini menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 415 korban, jelasnya.

Sementara itu, 115 kes positif sedang mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 65 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Lembah Klang masih mencatatkan kes tertinggi, dengan Selangor sebanyak 435 kes dan 131 kes di Kuala Lumpur.

Status Terkini #COVID19, 13 Dis 2020

Kes sembuh=1,309
Jumlah kes sembuh=69,393 kes
Kes baharu positif=1,229 kes (1,227 tempatan, 2 import)
Jumlah positif=83,475 kes
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=415 kes
Kes dirawat di ICU=115 kes
Bantuan Alat Pernafasan=65 kes

Pada hari ini, 13 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,229 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 83,475 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,667 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,227 kes.

Negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 kes (35.4 peratus daripada keseluruhan kes) di mana 344 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 333 kes (27.1 peratus daripada keseluruhan kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 131 kes (10.7 peratus daripada keseluruhan kes).

Sebanyak 200 kes (16.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Rumah Merah (78 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (12 kes), Kluster Bakti (3 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster PTS Sibuga (1 kes), Kluster Matambai (1 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Pecahan kes baharu (1,229)

Selangor
194 kluster sedia ada
34 kluster baharu (Tanjung Suria & Lestari)
116 kontak rapat
89 lain-lain saringan
2 import

Sabah
166 kluster sedia ada
103 saringan kontak rapat
64 lain-lain saringan

KL
84 kluster sedia ada
18 saringan kontak rapat
29 lain-lain saringan

Perak
100 kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Johor
55 kluster sedia ada
7 kluster baharu (Desa Idaman)
36 kontak rapat
5 lain-lain saringan

N.Sembilan
7 kluster sedia ada
16 kluster baharu (Tapak Bina Rimbun)
3 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Pahang
20 kluster sedia ada
7 kluster baharu (Kuala)
1 saringan kontak rapat

P.Pinang
4 kluster sedia ada
7 saringan kontak rapat
15 lain-lain saringan

Kedah
13 kluster sedia ada

Terengganu
10 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

Melaka
5 kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat

Labuan
2 Kluster baharu (Hujung Pasir)
3 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

Perlis
1 kluster sedia ada

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker