Pelantikan MB dan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak

Titah baginda amat menepati kedudukan, keadaan politik semasa

HARI ini berlangsungnya istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Perak. Selesailah episod celaru politik di negeri tersebut. Alhamdulillah.

Menteri Besar adalah jawatan yang wajib ada berdasarkan undang-undang. Ia wajib diisi sekiranya berlaku kekosongan. Ini kerana tiada menteri besar bermaksud tiada kerajaan yang mentadbir. Sekiranya tiada kerajaan, maka perjalanan pentadbiran negara ada terganggu.

Sesungguhnya tugas seorang menteri besar ada sama seperti jawatan Perdana Menteri pada peringkat persekutuan. Menteri besar adalah ketua kerajaan. Beliau menjadi ketua kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan, yang rata-rata dikenali sebagai Executive Council atau EXCO, adalah seumpama Jemaah Menteri pada peringkat Persekutuan.

Tugas utama Majlis Mesyuarat Kerajaan ialah untuk menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan atas urusan pentadbiran negeri. Saya mengambil contoh dari peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

KUASA MEMERINTAH
XII (1) Yang Maha Mulia hendaklah melantik, dengan surat perintah yang ditandatngani Baginda dan dicap dengan mohor kerajaan, seseorang Menteri Besar jadi ketua pegawai-pegawai dan pegawai pemerintah (executive) yang kanan sekali dalam negeri ini.
(2) Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi Menteri Besar melainkan daripada bangsa melayu dan beragama Islam dengan syarat bahawa Duli Yang Maha Mulia boleh dengan timbagannya melepaskan salah satu atau kedua-dua kewajipan perenggan ini berkenaan dengan bangsa dan agama Islam bila-bila ia memikirkan berfaedah berbuat demikian itu.

“Apa Masaalah Anda Dengan Saya?” – Tuanku Permaisuri Agong Balas Komen Netizen Biadab Dan Tidak Beradab

 

MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
XVI. (I) Yang Maha Mulia hendaklah melantik satu Majlis Mesyuarat Kerajaan.
(2) Ada pun Majlis Mesyuarat Kerajaan itu hendaklah dilantik sebigai berikut iaitu:
(a) Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang ahli Dewan Perhimpunan Undangan yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Perhimpunan itu, dan

(b) Hendaklah Baginda dengan nasihat Menteri Besar melantik tidak lebih daripada lapan orang atau tidak kurang daripada empat orang ahli-ahli lain dari antara ahli-ahli dari antara ahll-ahli Dewan Perhimpunan Undangan itu,

Tetapi jikalau satu lantikan itu diperbuat pada masa Dewan Perhimpunan Undangan itu dibubarkan seorang yang telah menjadi ahli Dewan Perhimpunan Undangan yang akhir bolehlah dilantik tetapi tidaklah boleh la melanjutkan jawatannva kemudian daripada perjumpaan yang pertama bagi Dewan Perhimpunan Undangan yang baharu itu kecualinya la menjadi seorang ahli bagi Dewan

(3) Walaupun ada apa-pa terkandung dalam Fasal ini seoarang yang menjadi warganegara dengan jalan sebab mastautin atau dengan pendaftaran menurut perkara 17 dalam Perlembagaan persekutuan tidaklah boleh menjadi Menteri Besar.

(6) Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan itu, kemudian hendaklah ia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonannya Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Perhimpunan Undangan itu,

(7)Tertakluk kepada perenggan (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Yang Maha Mulia, tetapi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakan jawatannya.

“Tuanku So Humble Minum Air Tepi Jalan…” – Kongsi Gambar Minum Air Kelapa, Tengku Mahkota Pahang Jadi Perhatian

 

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK
Secara peribadi saya amat tersentuh dengan isi titah Duli Yang maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak. Pada saya, ia penuh syadu untuk didengari dan dihayati. Titah baginda yang diisi dengan beberapa petikan firman Allah SWT dari Al-Quran al-karim amat mengisnsafkan.

Titah tersebut bukan semata-mata nasihat, tetapi adalah suatu peringatan yang hendaklah diambil perhatian dan dipatuhi oleh setiap kita, terutamanya pimpinan politik yang diberikan kepercayaan oleh rakyat. Petikan firman Allah dari al-Quran al-Karim menjadi sumber titah nasihat baginda itu bersesuaianlah kedudukan baginda menasihati kerajaan baginda yang dilihat oleh rakyat sebagai kerajaan yang perlu memberikan komitmen tinggi menangani cabaran kehidupan semasa.

Peringatan yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia mengenai tanggungjawab dan amanah seorang pemimpin. Baginda bertitah bahawa kuasa boleh mengaburi keperibadian dan sifat diri seseorang. Maka hendaklah sentiasa kembali kepada peringatan Ilahi.

Amalan bersyukur kepada Ilahi dengan melakukan yang makruf dan meninggalkan mungkar. Ingat pada mereka yang menyumbang kepada kejayaan seseorang; walau siapa mereka sekalipun. Jawatan dan kuasa adalah pinjaman daripada Allah SWT – ia adalah amanah dan tanggungjawab – jangan dengan sengaja mengkhianati amanah Allah dan Rasul serta amanat lain yang digalas.

Mengenai perubahan kerajaan negeri Perak, baginda bertitah, setelah berlangsungnya pilihan raya negeri Perak, telah berlaku sebanyak tiga kali istiadat mengangkat sumpah menteri besar. Ini bermaksud, ini kali ketiga kerajaan negeri Perak berubah. Pertukaran kerajaan ini menunjukkan kerajaan yang dibentuk itu tidak stabil. Sehubungan dengan itu baginda bertitah tentang peri pentingnya pemimpin yang dipilih menumpukan fikiran dan tenaga untuk melaksanakan pimpinan dan pentadbiran negeri dengan baik dan tidak mengabaikan amanah.

Setiap rakyat harus dilayan adil – Agong

Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli politik untuk membolehkan fikiran dan tenaga digunakan untuk kepentingan rakyat juga suatu yang amat serius. Justeru, titah nasihat baginda hendaklah dipatuhi oleh pimpinan kerana setiap Ahli Dewan dipilih atas kepercayaan rakyat. Rakyat miskin dan terjejas kehidupan akibat pandemik jangan dijadikan kancil tersepit dan teraniaya.

Tanggungjawab pemimpin tidak boleh dipandang ringan atau tidak boleh diringankan. Rakyat mengharapkan pemimpin yang dipilih itu dapat menambah baik kehidupan mereka. Tidak kira siapa mereka. Baginda juga memperingatkan bahawa, tiada perbezaan dalam kalangan rakyat – mereka semua adalah rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Kemudiannya baginda bertitah, pada masa sama, undi percaya yang gagal berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Perak, bukan suatu sejarah yang dibanggakan. Saya lihat nada titah Duli Yang Maha Mulia pada situasi ini ada sedikit tanda kesal dengan apa yang berlaku.

Ya. Saya juga fikir patutnya begitu perasaan baginda sebagai pemerintah negeri Perak. Apatah lagi baginda juga bertitah bahawa jangan biarkan rakyat mendoakan suatu, yang mana, doa orang teraniaya tiada tabir untuk langsung sampai kepada Allah SWT.

Walaupun titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ditujukan kepada warga negeri Perak dan kerajaan negeri Perak, namun saya dapati titah baginda juga amat menepati kedudukan dan keadaan politik semasa, sama ada negeri lain atau juga pada peringkat Persekutuan.

Sesungguhnya setiap pemimpin, walau di mana mereka, amanah yang digalas itu sama sahaja. Kembalilah kita kepada panduan agama dan janji yang dilafaz di luh mahfuz dan abadi lagi. Tunailah amanah kepimpinan dengan sewajarnya demi mencari keredaan Allah jua sehingga kita mendapat kebahagiaan hakiki di dunia yang kekal abadi nanti.

Profesor Dr Shamrahayu Abd Aziz
Pakar Perlembagaan
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker