Fenomena La Nina pengaruhi hujan lebat hingga hujung tahun

Fenomena La Nina pengaruhi hujan lebat hingga hujung tahun

Fenomena La Nina yang mempengaruhi curahan dan intensiti hujan ketika ini dijangka berpanjangan sehingga hujung tahun, kata pakar meteorologi.

Azizan Abu Samah dari Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan Universiti Malaya (UM) berkata, fenomena yang diramal berakhir pada Ogos hingga September itu dijangka berterusan sehingga hujung tahun.

“Apabila melihat kepada keadaan Lautan Pasifik, fenomena ini bergerak perlahan tetapi dijangka bertahan sehingga akhir tahun ini. Oleh demikian, negara akan mengalami hujan yang berpanjangan sehingga hujung tahun.

“Keberadaan fenomena La Nina yang berkategori sederhana sejak tahun lepas hingga kini, mengubah corak suhu permukaan air di laut dan lautan sekitar negara dan rantau Asia Tenggara,” katanya, memetik laporan Utusan Malaysia.

Jelasnya, La Nina mampu menggalakkan proses perolakan udara dan pembentukan awan yang aktif sekali gus menghasilkan ribut petir serta angin lebih kencang disebabkan kekuatan angin timuran.

Justeru, katanya, ribut petir akan menghasilkan lebih banyak hujan yang melanda beberapa kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia.

“Pihak tertentu khususnya menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) perlu mengeluarkan amaran ribut petir atau banjir kilat lebih pantas supaya rakyat mampu bersedia lebih awal.

“Sebelum ini, amaran yang dikeluarkan MetMalaysia merangkumi kawasan luas iaitu Pantai Timur walhal banjir kilat kerap berlaku di kawasan lebih kecil seperti di Kedah.

“Jadi, amaran yang lebih menjurus kepada daerah perlu dikeluarkan,” katanya. FMT

Fenomena La Nina pengaruhi hujan lebat hingga hujung tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker