“Apa Masaalah Anda Dengan Saya?” – Tuanku Permaisuri Agong Balas Komen Netizen Biadab Dan Tidak Beradab

Tidak pernah lagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memuat naik sesuatu yang bersifat komen daripada wargamaya pada entri di Instagram kepunyaan baginda, @airtangan_tunkuazizah kecuali jika ianya sesuatu yang mengganggu baginda.

Pada satu entri baginda, Tunku Azizah ternyata kecewa dengan komen seorang pengguna Instagram yang menggunakan akaun palsu dan meninggalkan komen yang cukup biadab dan tidak beradab.

“Susah kalau orang sakit jiwa!” tulis baginda pada entri tersebut.



 

Ketika cerita ini ditulis, terdapat lebih 1,500 komen yang ditinggalkan pada entri tersebut. Ramai yang meminta Tuanku Permaisuri untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap akaun palsu tersebut.

Sebelum itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana keracunan makanan – Gempak



Baca: Keracunan Makanan, Agong Jalani Rawatan Susulan Di IJN, Zahir Rasa Bimbang Kes COVID-19 Naik Mendadak

Ciapan Jelik Kepada Permaisuri, Warga maya bongkar identiti 4 individu

 



Related Articles

2 Comments

  1. Mohon kerajaan Malaysia tegas terhadap mana-mana individu yang tidak menghormati YDP Agong & Permaisuri agar buang kerakyatan dan usir dari negara Malaysia yang berdaulat ini.
    Kita lihat adakah dia boleh dapat hidup harmoni dan bebas bergerak seperti Malaysia.

  2. Inilah akibat kerajaan memberi pluang kpd Rakyat kebibasan bersuara , Terbaik Akta Tahanan tampa bicara kikuatkuasa semula ,?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker