Idea gagasan baharu tak mampu bunuh UMNO – Shamsul Amri

Idea penubuhan gagasan baharu yang dicetuskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dapat ‘membunuh’ UMNO secara halus atau kasar.

Parti Melayu paling lama itu telah banyak kali diuji semenjak tahun 1988 ketika ia dibubarkan dan UMNO baharu diwujudkan.

Sepanjang tempoh itu beberapa parti wujud seperti Semangat 46, PKR, Bersatu, Berjasa dan Pejuang.

Semua parti serpihan yang wujud itu dibentuk mengikut struktur UMNO dari segi organisasi dan kandungannya.

Malah kata Profesor Ulung, Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, penyusunan organisasi Perikatan Nasional (PN) yang juga masih didakap pengaruh UMNO.

“Proses UMNOisation akan berterusan dengan UMNO sebagai cermin muka ,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Shamsul berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan segelintir pihak berhubung perbentukan gagasan parti -parti di bawah Perikatan Nasional yang dianggap akan melenyapkan UMNO secara terancang.

Beliau menyifatkan pembentukan gagasan itu adalah usaha Bersatu yang bersifat jangkan pendek untuk berdepan PRU-15.

Bagi Bersatu gagasan itu satu keperluan kerana parti berkenaan terbahagi kepada dua – ahli -ahli tulen dan individu – individu yang ‘meloncat’ dari UMNO.

“Situasi ini menyebabkan Bersatu goyah , justeru ia memerlukan kerjasama UMNO memandangkan mereka yang melompat parti ditolak oleh akar umbi UMNO”.

Ditanya mengenai hubungan ‘dingin’ antara UMNO dan Bersatu, Shamsul berkata, kedua-duanya bukan ‘sejuk’ tetapi masih mencari titik pertemuan untuk co-exist disebabkan tokoh-tokoh Bersatu adalah pimpinan UMNO dahulu.

“Bersatu yang sebenarnya dingin, takut- takut segan kerana mereka sedar tidak ada akar umbi untuk menyokong mereka bertapak.

Pandangannya berhubung kerjasama Pas dengan UMNO , Shamsul berkata, Pas mungkin sebuah parti Islam tetapi politik mereka bukanlah berasaskan Islam tetapi tetap berperilaku, nafsu dan selera manusia.

Sikap Pas adalah sama seperti kepimpinan UMNO , Bersatu , PKR dan lain-lain.

Ujarnya, UMNO sebenarnya masih lagi jaguh kerana memiliki akar umbi yang teguh.

Cuma, UMNO masih mempunyai ramai pemimpin ‘Kluster Mahkamah’ hingga mengenepikan tokoh-tokoh lain yang berwibawa dan berkaliber.

Kelompok kluster itu perlu tarik diri dan tidak bertanding dalam PRU 15, sebaliknya menaikkan peminpin-pemimpin berkaliber lain demi kelangsungan parti tersebut.

“Warisan pimpinan UMNO harus ‘disogok’ pada rakyat tanpa ‘Kluster Mahkamah’, tokoh yang korup.

“UMNO juga bukan parti ‘jantan’, oleh itu tokoh-tokoh wanita mesti diketengahkan kerana wanita adalah tunjang UMNO.cSedarilah bahawa UMNO heboh dengan pemimpin lelaki tapi yang mendukung parti ini adalah sayap wanita,” ujarnya. MG

Gagasan Baharu: BN, PN dan GPS Sepakat Metrai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker