Ibu Ziela Jalil meninggal dunia

 

KUALA LUMPUR: Fatimah Othman, 70, iaitu ibu Datuk Ziela Jalil, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediaman pelakon dan penerbit itu di sini, semalam.

Ziela yang mengusahakan rumah produksi, Pena Creative Picture, berkongsi khabar duka pemergian ibu tersayang melalui Instagram (IG) Stories, beberapa jam lalu.



Allahyarham Fatimah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.15 tengah hari.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di sini, pada jam 5.30 petang.

Anak sulung Ziela, Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid memberitahu, arwah nenek pergi akibat komplikasi pelbagai penyakit.

“Arwah menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.



 

Ibu Ziela, Allahyarham Fatimah menghembuskan nafas akibat komplikasi pelbagai penyakit, tengah hari semalam. Foto Ihsan Dr Puteri Julia Nabilah
Ibu Ziela, Allahyarham Fatimah menghembuskan nafas akibat komplikasi pelbagai penyakit, tengah hari semalam. Foto Ihsan Dr Puteri Julia Nabilah

 

“Kira-kira sebulan lalu, arwah pernah diserang angin ahmar,” katanya kepada BH Online.

Julia berkata, ibunya cukup rapat dengan arwah nenek.



“Sejak saya lahir, Mama menjaga nenek dengan baik. Arwah tinggal bersama kami.

“Mama dan arwah memang tidak dapat dipisahkan. Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker