“Ramai yang mimpi adik sebelum pemergiannya” – Kakak Naib Ketua Armada Kota Tinggi



Sebaran :

KOTA TINGGI: Kakak sulung kepada Naib Ketua Armada Bersatu Kota Tinggi Mohd Zulfikrie Buang yang ditemui lemas petang tad, menzahirkan rasa terkejut apabila ramai yang memberitahu bahawa mereka telah bermimpikan Allahyarham adiknya sebelum pemergiannya.

Nur Azifah Buang, 29 tahun, memberitahu selain rakan terdekat, ibu angkat adik-beradik itu yang berada di Batu Pahat juga memaklumkan perkara yang sama dua hari sebelum kejadian.

“Orang yang rapat dengan Allahyarham, sepupu, mak angkat dan umi saya mimpi tentangnya. Ramai yang mimpi tentangnya.



“Mereka bermimpi dia senyum. Mak angkat kita mimpi dia ingin minum air sedap, insya-Allah dia dapat minum air di syurga,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.


Sebaran :


Leave a Reply