[VIDEO] Sebelah muka Faye Kusairi lumpuh, Elly Mazlein mendoakannya sembuh

Pelakon, Faye Kusairi baru-baru ini memaklumkan disahkan diserang sakit Bells Palsy yang melumpuhkan sebelah mukanya.

Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil binti Awang Kusairi, 33, mendedahkannya di Instagram yang beliau ditahan di sebuah pusat perubatan selepas sebelah mukanya mengalami kekejangan otot.

Pelakon wanita yang kini sarat mengandung anak kedua itu berkata, beliau tidak memandang sakit yang dihidapinya ini sebagai faktor untuk berfikiran negatif.

Sebaliknya beliau yakin rawatan atas nasihat doktor akan memberikan kesembuhan dalam beberapa waktu.

“Di sini saya nak kongsikan yang saya sihat walafiat. Tak murung, tidak ada perasaan negatif, saya buat dan ulang rawatan, senaman muka dan makan ubat yang disarankan oleh pihak hospital khususnya doktor.

“Saya juga lakukan urutan wajah dengan konsisten dan pakai mesin khas untuk rangsang saraf dan otot muka saya.

“Jangan risau ya semua, saya tidak rasa kecewa. Saya tidak murung. Saya tidak sedih. Malah bersyukur diberi rezeki ini untuk sentiasa tahu yang Allah SWT sayangkan saya.. sebab tu Dia bagi saya pengalaman ini untuk sentiasa muhasabah diri,” tulisnya.

Untuk rekod, Bells Palsy adalah penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka.

Pelakon ‘7 Hari Mencintaiku’ itu turut memberi semangat kepada sesiapa sahaja yang turut menghidap Bells Palsy untuk terus positif.

Faye juga kelihatan sentiasa memberi perkembangan tentang proses atau perjalanannya setiap hari sebagai pesaki Bells Palsy.

Penyakit ini boleh menyerang sesiapa termasuk kanak-kanak tetapi kebiasaannya mereka berusia dalam lingkungan 15 hingga 60 tahun.

Doa Elly Mazlein buat Faye Kusairi

Insiden menimpa pelakon Faye Kusairi yang berdepan saat cemas apabila tiba-tiba mendapat serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka mengejutkan ramai pihak.

Turut menarik perhatian apabila status yang dimuat naik pengacara dan penyanyi popular, Elly Mazlein: “Tiada tepukan… tiada helai tawa… Hanya yang ada, doaku buatmu. Semoga dipermudahkan,”..

Biarpun Elly menyatakan doa berkenaan ditujukan kepada siapa, namun ramai yang beranggapan ia ditujukan kepada Faye

Tindakan Elly atau Kak Lina Pom Pom mendapat pujian netizen kerana kedua-dua selebriti mempunyai hubungan yang tidak baik sebelum ini kerana Faye telah berkahwin dengan bekas suami pengacara program Lagu Cinta Kita musim kedua di TV3 itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker