Vaksin Covid-19: KJ nafi dakwaan Tengku Razaleigh

Dakwaan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa kerajaan telah memperuntukan RM3 bilion bagi membekalkan kepada 20 peratus penduduk negara ini adalah tidak benar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang menafikan dakwaan itu berkata, kos untuk satu dos vaksin tersebut kurang daripada RM100 yang mana ia meliputi penghantaran ke pelbagai lokasi dan bukannya RM234 untuk satu dos seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu.

“Saya tidak pasti dari mana Ahli Parlimen Gua Musang dapat angka ini tetapi ia tidak mempunyai asas.

“Saya tidak boleh mendedahkan harga sebenar vaksin Pfizer yang mana ia tertakluk kepada perjanjian yang tidak boleh didedahkan” katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurut Tengku Razaleigh, urus niaga dengan Pfizer melibatkan kos sebanyak RM3 bilion yang meliputi permerolehan, penyimpanan dan pengedaran untuk 20 peratus penduduk negara ini, menjadikan kos pemilikan vaksin itu sebanyak RM234 untuk satu dos.

Menurut Khairy, kebanyakan dakwaan yang dilakukan Tengku Razaleigh adalah tidak berasas, tidak tepat dan mengandungi fakta salah.

Tambah beliau, berdasarkan rundingan semasa, kerajaan masih mengekalkan unjuran RM3 bilion bagi mendapatkan dos yang cukup untuk 70 peratus penduduk negara ini.

Mengulas keupayaan Malaysia untuk menyimpan vaksin yang memerlukan kemudahan suhu ultra sejuk, Khairy berkata, negara telahpun mempunyai peti sejuk beku dengan suhu -80 darjah selsius.



“Sebagai contoh, universiti awam dan institusi penyeldikan awam kita mempunyai lebih daripada 125 peti sejuk beku dengan suhu -125 darjah selsius,” ujar beliau.

Khairy berkata, jika peti sejuk beku itu tidak dapat digunakan pihaknya akan merancang untuk mendapatkan peti sejuk beku ultra tambahan. MG

FDA dedah 6 maut ujian percubaan vaksin Pfizer/BioNTech



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker