Paolo Rossi lagenda Italy meninggal dunia



Sebaran :


ROM: Legenda Itali, Paolo Rossi, yang menjadi sebahagian daripada skuad memenangi Piala Dunia 1982 dan pemenang Ballon d’Or pada tahun yang sama, meninggal dunia pada usia 64 tahun.

Bekas pemain Juventus, AC Milan dan Vicenza itu dianggap sebagai seorang daripada pemain terbaik pernah dilahirkan Itali.

Terkenal dengan nama panggilan ‘Pablito’ dalam kalangan rakyat Itali, pemergian Rossi adalah selang beberapa hari kematian Diego Armando Maradona yang diratapi peminat bola sepak dunia.



Rossi adalah sebahagian daripada skuad Piala Dunia 1982 dan menjaringkan gol pembukaan pada final ketika Itali menewaskan Jerman Barat 3-1.

Dia menampilkan persembahan terbaik sepanjang karier pada awal kejohanan ketika dia meledak hatrik ketika menumbangkan Brazil dengan kemenangan 3-2 buat skuad Gli Azzurri.

Persembahan itu digambarkan sebagai antara terbaik pernah disaksikan pada Piala Dunia memandangkan status Brazil sebagai antara pasukan pilihan temasya berkenaan.



Dia juga dilabelkan sebagai seorang daripada penyerang terbaik sepanjang zaman, meledak 134 gol dalam 338 perlawanan buat kelab.

Rossi menghabiskan keseluruhan kariernya di Itali, menang Serie A sebanyak dua kali dan membantu Juve menang Piala Eropah pada 1984. – Agensi

Valentino Rossi sah sertai PETRONAS Yamaha SRT tahun 2021


Sebaran :


Leave a Reply