4 Singa di Zoo Barcelona positif COVID-19

Sebaran :

BARCELONA: Empat singa di Zoo Barcelona, Sepanyol disahkan positif COVID-19.

Tiga singa betina berusia 16 tahun itu diberi nama Zala, Nima dan Run Run, serta singa jantan berusia empat tahun diberi nama Klumbe dilaporkan mempunyai gejala ringan virus itu.

Portal CNA melaporkan, empat singa terbabit menunjukkan gejala selesema ringan dan kelihatan sukar bernafas.

Kakitangan perubatan di zoo berkenaan memberi haiwan itu ubat bagi merawat gejala berkenaan.



Kejadian itu adalah yang kedua membabitkan haiwan dijangkiti virus itu, yang pertama berlaku di Bronx, New York.

Bagaimanapun, empat harimau dan tiga singa dijangkiti COVID-19 dalam kes pertama itu sudah sembuh.

Dalam pada itu, pakar veterinar di Barcelona menghubungi rakan setugas mereka di New York untuk memahami rawatan diperlukan haiwan dijangkiti virus berkenaan.

Empat singa di Sepanyol itu menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) seperti dilakukan terhadap manusia.



Selain itu, dua kakitangan di zoo sama dipercayai pekerja kandang singa turut dilaporkan positif virus itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan zoo itu berhubung punca jangkitan bagi semua singa terbabit. – AGENSI

JOM LEPAK SAT…Duo Singa Laut takluk kapal layar kecil hingga nak tenggelam [ VIDEO ]


Sebaran :

Leave a Reply