Ahli Parlimen dengan sokongan majoriti boleh kemuka SD kepada Agong, kata Takiyuddin

Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata, tiada halangan terhadap ahli politik yang mahu menyokong mana-mana Ahli Parlimen yang memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.

Beliau berkata, mana-mana Ahli Parlimen boleh mengemukakan akuan berkanun (SD) bagi membuktikan sokongan lebih 112 orang kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kita akui ia sebahagian daripada demokrasi,” kata Takiyuddin pada sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti berdasarkan kelulusan Belanjawan 2021 di peringkat dasar bulan lepas.

Ads byInnity
“Bagi menentukan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan dan sokongan majoriti ahli dewan untuk menjadi Perdana Menteri, Perlembagaan Persekutuan mahupun Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak memperuntukkan tatacara jelas mengenainya.

“Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini dengan menentukan apa-apa cara yang sesuai untuk menentukan individu pada hemat baginda mendapat kepercayaan ahli dewan termasuk menerima apa-apa dokumen mahupun mendapatkan kenyataan lisan atau bertulis daripada setiap ahli dewan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker