Curi Perhatian Dengan Kemeja ‘Mata Satu’, Netizen Jelaskan Ianya Sekadar Jenama Fesyen



Sebaran :

Sebelum ini sidang media yang dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkembangan semasa COVID-19 dalam negara sering saja menjadi perhatian netizen yang menonton.

Bermula dengan koleksi baju-baju batik yang dipakainya sehinggalah perhiasan yang berada di dalam almari ketika sesi siaran langsung itu, ia sentiasa menjadi antara topik hangat yang dibincangkan di media sosial.

Kini, selepas beberapa kali mencuri perhatian dengan pakaian dan perhiasan ketika membuat penampilan secara langsung, sidang media menteri pertahanan ini sekali lagi menjadi buah mulut netizen.

Ia susulan baju kemeja putih yang dipakainya ketika sidang media pada semalam, 9 Disember memaparkan logo jenama bermotifkan mata.



11

BAJU KEMEJA PUTIH DIPAKAI ISMAIL SABRI YANG MENCURI PERHATIAN SEJAK SEMALAM

Lambang mata satu bukanlah satu logo yang asing dalam kalangan masyarakat terutama mereka yang mengikuti dan meminati pelbagai teori konspirasi di luar sana kerana ia sering dikaitkan dengan Illuminati atau Freemason walaupun tidak dapat dipastikan kesahihahnnya.

Mungkin disebabkan itulah ada segelintir netizen yang mula tertarik dengan lambang jenama yang dipakai oleh menteri itu pada semalam, kerana bagi mereka ia mungkin melambangkan sesuatu (seperti video teori-teori konspirasi yang ditonton sebelum ini).

komen

ANTARA KOMEN YANG DITINGGALKAN NETIZEN

Sikit-sikit Freemason

Walaupun ada segelintir yang ‘tertarik’ dan dilihat mula mengaitkannya dengan Freemason dan Illuminati, namun sebahagian besar netizen yang lebih arif mengenai fesyen tampil menyelamatkan keadaan dan memberikan kesedaran kepada mereka ini.



Menurut mereka, baju kemeja putih berlambang matu satu itu hanyalah jenama fesyen dan bukanlah pakaian seragam mana-mana organisasi atau pertubuhan yang dimaksudkan dan mula dikaitkan mereka tadi.

1

Bukan sahaja berseloroh dengan ketaksuban segelintir netizen terhadap pertubuhan berkenaan, namun ada juga yang memberikan contoh logo jenama pakaian Kenzo yang dipakai menteri berkenaan di ruangan komen.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan OhBulan ini, mereka melampirkan terus komen yang menunjukkan dengan jelas baju seperti yang dijual jenama Kenzo itu.



222222

KOMEN YANG MENJELASKAN MENGENAI LOGO ITU.

Semakan kami juga mendapati logo Kenzo seperti dinyatakan netizen itu juga sama dengan apa yang tertera di kemeja menteri berkenaan.

komen2

63da0050-5434-4ab5-9e8f-eba1da15083b

LOGO JENAMA KENZO YANG KELIHATAN SAMA DENGAN APA YANG DIPAKAI MENTERI SEBELUM INI

Jadi, kepada mereka di luar sana yang keliru dengan logo di kemeja putih yang ‘mencuri tumpuan’ sejak semalam ini mendapat jawapan yang diperlukan.

Walaupun tidak dapat dipastikan apakah kaitannya dengan teori-teori yang dikaitkan sebelum ini namun logo berkenaan sememangnya dikenali dalam dunia fesyen. Jadi, tidak perlu terkejut apabila ada yang memakainya-TheVocket



BN Dan Masa Depan Malaysia, ‘Brand’ Politik Tersendiri


Sebaran :


Leave a Reply