Syafiq lelap punca kemalangan adalah tidak benar – Ahmad

 

BUKIT MERTAJAM: Isteri penyerang bola sepak kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang cedera dalam kemalangan pagi Ahad lepas, dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini bagi mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar.

Bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, berkata keadaan kesihatan menantunya Nur Amalina Nurain, 25, semakin baik, dan doktor pakar di HKL akan terus memantau keadaannya selepas perbincangan dengan pakar di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.



“Nur Amalina dipindahkan ke HKL pukul 6.30 pagi tadi bagi membolehkan pakar-pakar di HKL memantau keadaannya sehingga betul-betul sembuh…, keadaan dia semakin baik dan stabil, tidak ada apa-apa yang serius dengan kesihatannya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad menyuarakan rasa terkilan apabila ada pihak yang mengatakan Muhammad Syafiq yang juga pemain utama Johor Darul Tak’zim (JDT) terlelap lalu mengakibatkan kemalangan itu.

Ahmad berkata kejadian berlaku kerana anaknya itu cuba mengelak sesuatu yang melintas di atas jalan raya, dan beliau turut diberitahu bahawa Muhammad Syafiq sedang berbual-bual dengan Nur Amalina, semasa kejadian.

Dalam kejadian Ahad lepas, bayi lelaki Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, ibu mertuanya Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah iaitu wanita warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an, maut selepas kenderaan yang dipandu Muhammad Syafiq terbabas dan melanggar pembahagi jalan di di Kilometer 163.6 berhampiran Plaza Tol Jawi dekat Nibong Tebal.



Muhammad Syafiq bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera ringan manakala Nur Amalina, parah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker