Nescafe Classic Kopi Kedah kopi 100 peratus semaian tempatan

Penggemar kopi kini boleh menikmati kopi 100 peratus semaian tempatan apabila Nestle Malaysia memperkenalkan Nescafe Classic Kopi Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (M) Berhad, Juan Aranols, berkata Nestle sentiasa menyokong masyarakat luar bandar sejak bertahun-tahun lamanya.

Katanya, sebelum ini pihaknya terbabit dengan perusahaan ladang cili dan sawah di beberapa negeri dan kini berbangga untuk memulihkan semula perladangan kopi di Kedah hingga menghasilkan Nescafe Classic Kopi Kedah buat julung kalinya.

“Kopi Kedah menghasilkan nikmat rasa terbaik dengan biji kopi yang ditanam, disemai dengan penuh kasih, keprihatinan dan rasa hormat kepada bumi serta penduduk.

“Ini adalah satu daripada pelbagai cara kami untuk merungkai kuasa makanan bagi meningkatkan kualiti kehidupan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Minuman, Othman Chraibi, berkata ini adalah permulaan yang sangat baik bagi Program Nescafe Disemai Dengan Kasih, yang setakat ini menyaksikan penyertaan lebih 100 peladang yang menanam hampir 70,000 anak pokok.

Katanya, walaupun sudah mencapai satu penanda aras penting, ini hanyalah permulaan dan akan terus menggiatkan usaha membina masa depan kopi yang mampan dan membawa kesan positif kepada komuniti peladang tempatan.

“Program Nescafe Disemai Dengan Kasih ialah kerjasama dengan beberapa agensi, bermatlamat memulihkan semula sektor perladangan kopi dengan cara yang mampan bagi peladang dan juga bumi kita.

“Program ini juga memberikan latihan dalam teknik pertanian mampan untuk memastikan tahap kesedaran lebih tinggi demi menjaga dan memberi perhatian teliti terhadap pemuliharaan alam sekitar dan ekosistem.

“Biji kopi pula mesti mematuhi piawaian kualiti tertinggi sejajar dengan keperluan Nestle untuk memastikan pengeluaran minuman yang lazat,” katanya.

Inisiatif program yang dilaksanakan pada tahun lalu turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (KSDA), Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA), Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Nescafe Classic Kopi Kedah edisi terhad bercorak batik tradisional boleh didapati dalam tin aluminium 170 gram dan dijual pada harga runcit RM23.02 di pasar raya dan pasar mini tempatan terpilih seperti MYDIN, Billion, EconSave dan 99Speedmart, mulai 1 Disember. BH

9 Resepi Kopi WFH Unik Dengan Menggunakan Instant Coffee Sahaja. Perfect Untuk Work From Home ! (WFH)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker