Tambang domestik sehala serendah RM12

AIRASIA Bhd menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala bermula semalam untuk penerbangan domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, jualan selama tiga hari itu sempena kebenaran rentas daerah dan negeri dalam negara yang bermula semalam.

Katanya, tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

Katanya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat hingga 31 Disember ini dengan tempoh perjalanan bermula semalam hingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.

“Kesihatan dan keselamatan anda keutamaan kami. Jadi, kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan.

“Perjalanan udara domestik antara sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

AirAsia catat kerugian RM803.85 juta pada suku pertama 2020

AirAsia Japan tutup operasi serta-merta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker