AirAsia Japan tutup operasi serta-merta

Share

Syarikat tambang rendah AirAsia mengumumkan penutupan AirAsia Japan berkuatkuasa serta-merta.

Penutupan itu, kata syarikat berkenaan, dibuat susulan impak besar COVID-19 serta larangan perjalanan yang menjejaskan permintaan penerbangan.

“Sekatan perjalanan dan ketidaktentuan yang wujud telah menjejaskan permintaan secara mendadak bagi perjalanan perniagaan dan pelancongan.

“Ia sekali gus mengurangkan jumlah penerbangan, pembatalan serta pengantungan penerbangan.

“Kesemua faktor ini menjejaskan kemampuan syarikat untuk meneruskan operasi,” tambah syarikat itu dalam kenyataan media.

Operasi AirAsia Japan yang dimulakan pada Julai 2014 dengan penerbangan ke destinasi domestik dan antarabangsa dari pangkalan Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair, Nagoya.

“Walaupun kami sudah berusaha tanpa henti untuk mempertahankan operasi melalui insiatif pengurangan kos secara meluas, namun kami memutuskan bahawa ia akan sangat mencabar untuk kami meneruskan operasi tanpa hala tuju pemulihan jelas selepas pandemik,” kata Ketua Pengawai Operasi AirAsia Japan, Jun Aida.

Serentak itu, AirAsia Japan membatalkan semua penerbangan dan pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui kiriman e-mel dalam tempoh masa tujuh hari. Awani

Warga asing tidak dibenar masuk Malaysia, kata Putrajaya

Leave a Reply