Felda cadang swastakan FGV

Felda bercadang untuk menswastakan FGV Holdings Berhad pada nilai RM1.30 sesaham.

Felda yang memiliki 21.24 peratus pegangan dalam FGV sebelum itu meningkatkan pegangan dalam FGV dengan mengambil alih pegangan sebanyak 6.1 peratus yang milik Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan 7.78 peratus yang dimiliki Urusharta Jamaah Sdn Bhd.

Transaksi itu melibatkan nilai RM658 juta atau RM1.30 sesaham, sekali gus menjadikan pegangan Felda dalam FGV sebanyak 35.12 peratus.

Maybank Investment Bank (Maybank IB) yang merupakan penasihat utama transaksi itu dalam satu kenyataan berkata, Felda sudah menandatangani perjanjian pembelia saham bersyarat (CSPAs) bersama KWAP untuk mengambilalih sejumlah 22.48 juta saham FGV bernilai RM289.2 juta.

Manakala dengan Urusharta Jamaah melibatkan 283.71 juta saham FGV bernilai RM368.8 juta.
“Selepas CSPAs menjadi tidak bersyarat, Felda akan menghantar notis tawaran wajib kepada Lembaga Pengarah FGV.

“Setalah cadangan pengambilalihan itu selesai, Felda bersama pihak-pihak terlibat (PACs) akan secara kolektif memegang lebih 50 peratus saham FGV,” menurut Maybank IB.

Maybank IB berkata, cadangan tersebut tidak akan menyebabkan pengambilalihan wajib Felda terhadap keseluruhan baki saham dalam MSM Malaysia Holdings Berhad yang tidak dipegang oleh FGV.

Setakat penutup 5 petang Selasa, saham FGV didagang pada RM1.27 sesaham. Awani

Apa lagi mahu dijual

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker