Saintis MIT bangunkan peranti untuk ‘godam’ mimpi manusia

SERING disebut, mimpi itu mainan tidur.
Malah ramai daripada kita yang tidak ingat apa yang dimimpikan semasa tidur, manakala ada juga sebilangan yang mengakui perkara yang melintas dalam mimpi bersifat rawak dan tidak berkaitan dengan diri sendiri atau mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun, saintis di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) telah membangunkan teknologi yang disebut sebagai inkubasi mimpi bersasar (targeted dream incubation – TDI) menggunakan peranti yang dinamakan Dormio.

Dormio membolehkan mereka memusatkan perhatian seorang individu untuk bermimpi berkenaan topik tertentu.

Semasa peringkat awal tidur yang dikenali sebagai hipnagogia, kita masih dapat mendengar apa yang berlaku di dunia luar. Ketika inilah para saintis mula memberi fokus kepada satu topik atau visual tertentu.



Sistem Dormio terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah aplikasi yang boleh memainkan dan merakam audio.

Bahagian kedua adalah alat yang dipakai pada pergelangan tangan, jari telunjuk, dan jari tengah seseorang.

Peranti ini memantau degupan jantung pemakai, kedudukan jari mereka, dan petunjuk lain untuk mengesan corak tidur sampel.

Dormio aktif apabila penggunanya memasuki hipnagogia. Dalam kajian mereka, saintis menggunakan arahan lisan seperti ‘cuba fikir tentang pokok’ yang dimainkan menerusi peranti berkenaan dan memantau reaksi individu terbabit.



Laporan akhir kajian menunjukkan dua per tiga daripada sampel mengakui mengalami mimpi yang berkaitan dengan situasi audio yang diberikan kepada mereka ketika dalam keadaan hipnagogia.

Metodologi ini diharap dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yang kerap bermimpi buruk dan gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), sekali gus membantu memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang bagaimana otak beroperasi semasa tidur. Awani

Saintis Islam Hasilkan Vaksin Covid-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker