Tunggu Punya Tunggu…” Yang DiHantar Sofa Untuk Kanak-Kanak…”

Florida: Tempah sofa untuk ruang tamu, tetapi yang dihantar sofa mini untuk kanak-kanak.

Itu pengalaman lucu menimpa seorang pembeli dalam talian di Amerika Syarikat (AS) selepas membuat tempahan sofa lima tempat duduk menerusi platform beli-belah dalam talian, Wayfair dengan harga AS$249.99 (kira-kira RM1,014).

Pinky Jones, 36, sempat membayangkan sofa itu muat menempatkan tunangnya, Joseph, 38, dan lima anaknya, namun lucunya, perabot itu hanya muat untuk seorang.

Pengurus hartanah dari Florida itu berkata, dia dan tunangnya tidak menyangka mereka menerima sofa mini umpama untuk kegunaan kanak-kanak.

“Saya ketawa, ia sofa untuk seorang bayi. Saya tak pernah sangka akan beli sofa ini untuk seorang anak kecil.

“Saya ingat, ukuran sofanya cukup besar untuk ruang tamu saya,” katanya seperti dilaporkan portal Daily Star.

Katanya, maklumat dalam platform itu menyatakan sofa itu sesuai untuk kegunaan di ruang tamu, bukan untuk kanak-kanak.

“Saya tidak sabar dan sanggup menunggu selama 10 hari untuk penghantaran kerana kami tiada sebarang perabot.

Lelaki Beli Khemah Masa Sale 11.11, Sekali Sampai Cuma Muat KepaIa Je…🤣🤣🤣🤣

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker