Nabil teruskan projek francais kedai minuman

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengaku memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian, baru-baru ini.

Mendakwa tidak dikenakan tindakan atau terkesan dengan siasatan kes berkenaan, Nabil berkata, cadangan membuka francais kedai minuman BubbleBee, tahun depan, tetap diteruskan.

“Kelmarin, saya berjumpa Shuib bercakap soal ini. Insya-Allah rancangan ini diteruskan biarpun isu ini hangat diperkatakan.



“Bagi saya, bisnes itu sah. Saya sudah periksa betul-betul dan bertanya pada orang,” katanya.

 

Nabil menghadiri majlis pelancaran baharu Dorylicious bersama pengasas, Mohd Faizal Aminuddin, rakan kongsi, Zizan Razak dan Achey di ibu pejabat  Dorylicious, Batu Caves, di sini, semalam. Foto IG Nabil Ahmad
Nabil menghadiri majlis pelancaran baharu Dorylicious bersama pengasas, Mohd Faizal Aminuddin, rakan kongsi, Zizan Razak dan Achey di ibu pejabat Dorylicious, Batu Caves, di sini, semalam. Foto IG Nabil Ahmad

 

Nabil bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai siasatan SPRM dan menjelaskan sahabatnya, Shuib dipanggil untuk membantu siasatan agensi berkenaan.



Nabil berharap orang ramai tidak mempunyai persepsi negatif terhadap selebriti yang mahu berniaga.

Semalam, Nabil menghadiri majlis pelancaran baharu Dorylicious bersama rakan kongsi, Zizan Razak dan Achey serta pengasas, Mohd Faizal Aminuddin di Ibu Pejabat Dorylicious, Batu Caves, di sini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker