Plaza Tol Sedenak dibuka 12 tengah malam ini selepas ditutup kerana Covid-19

KUALA LUMPUR: Plaza Tol Sedenak, Kulai, Johor, yang ditutup jam 12 tengah hari tadi akan dibuka semula jam 12 tengah malam ini.

Plus Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan berkata penutupan plaza tol itu susulan kerja sanitasi menyeluruh dilaksanakan oleh agensi berkaitan selepas seorang kakitangan di plaza tol berkenaan disahkan positif COVID-19.

PLUS berkata kerja disinfeksi, sanitasi dan pembersihan di plaza tol terbabit hanya boleh dijalankan bermula jam 9 malam.

“Oleh itu, orang ramai dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin menuju ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru boleh memasuki lebuh raya PLUS menerusi Plaza Tol Simpang Renggam atau Kulai sepanjang tempoh penutupan itu.

“Orang ramai dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak dinasihatkan keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala orang ramai dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kulai,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker