Ada bukti ke kempen ‘sawit anugerah Tuhan’ ditolak Barat?
JIKA sudah tidak ada idea yang mahu dibahaskan di Parlimen, eloklah diam sahaja, daripada berkata-kata, supaya tidak dipandang rendah.
Saya fikir ultra kiasu pembangkang ini dah mula meroyan, tidak mustahil sudah mula nyanyuk akibat penyakit yang dihidapinya.
Ultra kiasu itu mendakwa, pertukaran nama kempen ‘Sayangi Sawitku’ kepada ‘Sawit Anugerah Tuhan’ mendatangkan bahaya kepada negara. Negara luar seperti Barat akan menganggap kempen itu patuh syariah berikutan ada perkataan ‘tuhan’.
Geleng kepala saya. Apa nak jadi dengan ultra kiasu ini? Sampai begitu sekali meroyan sejak tidak berjawatan ini.
Ultra kiasu menambah lagi, menteri bertangungjawab daripada parti Islam ada masalah. Kena tukar menteri ini, perlu elakkan kempen sawit ke luar negara.
Nampaknya sangat kenyataan ini, menunjukkan ada yang tidak kena pada diri dan hati ultra kiasu ini. Ishtigfarlah banyak.
Kenapa kempen sawit anugerah Tuhan akan menjauhkan pasaran sawit daripada Barat? Bila sebut Tuhan itu, sifatnya umum. Semua manusia percaya kepada Tuhan atau God. Orang putih Tuhan sebagai God. Oooo my God. Itulah perkataan yang keluar saban hari. Isunya apa?
Kecualilah disebut sawit anugerah Allah, mungkin nampak khusus kepada orang Islam atau ada unsur-unsur patuh Syariah. Ini sebut Tuhan. Sedikit sangat manusia tidak percaya kepada Tuhan.
Bila sebut Tuhan, bermakna, majoriti (kalau tidak semua) manusia percaya kepada Tuhan.
Jadi, apa isunya? Isu macam inipun disebut dalam Parlimen kerana terlalu berahi dengan kempen ‘cintailah sawitku’, yang sebelum ini digunakan oleh bekas menteri, baju belang-belang?
Kalaulah teruskan kempen ‘sayangilah sawitku’, lagi bahaya kepada negara, seolah-olah menyindir produk minyak negara lain yang sudah dominan seperti minyak soya dan jagung.
Sudah tentu negara pengeluar minyak yang lain seperti soya, jagung dan sebagainya, akan berkata, bahan minyak mereka juga perlu dicintai. Membawa kempen ‘sayangilah sawitku’ seolah-olah menyindir mereka.
Lagipun belum ada pun kajian dibuat bahawa Barat tolak kempen ini. Rata-rata yang kita nampak harga sawit makin naik bila PN memerintah, berbanding PH jatuh merudum.
Nasihat saya, jika sudah tidak ada kerja, tidak ada idea, duduk diam-diam. Dah hujung-hujung ini biarlah semua orang suka kepada kita, jangan cari terlalu banyak musuh.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pemerhati politik
You must be logged in to post a comment.