Jayakan kerjasama dengan UMNO, Bersatu, PAS Pulau Pinang komited

GEORGETOWN: Pas Pulau Pinang komited dalam mempertahankan kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini sama ada menerusi Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusof berkata, pendirian itu berasaskan matlamat ke arah kesatuan ummah dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

“Kita sedang usahakan ke arah lebih baik, insya-Allah kekhilafan yang wujud sedang dimurnikan oleh pimpinan di peringkat pusat dan akan diikuti oleh negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau ditanya berkenaan situasi hubungan antara Pas dan UMNO di negeri ini ketika ini khususnya di bawah MN selepas Pas Pusat turut menunjukkan komitmen untuk bekerjasama dengan Bersatu menerusi PN.

Malah, Pas turut memberi tekanan kepada UMNO dan Bersatu supaya menyelesaikan segala perselisihan antara kedua-dua parti itu sekiranya mahu melihat kerjasama menerusi MN atau PN berjaya sekali gus memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sementara itu, ditanya mengenai kedudukan kerusi Pas serta kemungkinan berlaku pertindihan antara UMNO dan Bersatu dalam PRU-15 di negeri ini, Muhammad Fauzi berkata, pihaknya menyerahkan perkara tersebut untuk ditentukan Pas Pusat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker