2 lelaki dijel letupkan ATM

Gambar Hiasan

Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah mencuri wang tunai berjumlah £160,000 (RM959,229) dari beberapa mesin pengeluaran wang automatik (ATM), lapor portal berita Metro UK semalam.

Mereka juga mengaku menggunakan bahan letupan dalam rompakan itu.

Dalam salah satu rompakan, kedua-dua tertuduh, Wesley Shepherd dan Benjamin Thompson melarikan wang hampir £93,000 (RM557,552) walaupun mesin ATM meletup pada muka mereka.

Menurut laporan, mereka menggunakan alat letupan buatan (IED) yang diletakkan pada mesin ATM untuk melarikan wang tunai.



Thompson dipenjarakan 16 tahun, manakala Shephard dijel 14 tahun dan lapan bulan.

Mereka ditangkap polis beberapa minggu selepas melakukan rompakan.

Polis turut menemui beg yang mengandungi sarung tangan, ves, pita, suar dan pemutar skru milik mereka yang dibuang ketika ditahan. – AGENSI

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5



Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker