Batal jaminan pinjaman RM2 bilion LRT Penang, Pemimpin DAP bengang dengan Putrajaya

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP menyelar kerajaan persekutuan kerana membatalkan jaminan pinjaman bernilai RM2 bilion untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang.

Dalam kenyataan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata, langkah itu “mengecewakan dan merupakan tindakan balas dendam politik yang keji” terhadap negeri dan rakyat negeri itu

Semalam, bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa bekas menteri kewangan Lim Guan Eng menggunakan jaminan kerajaan secara rahsia untuk memperoleh pinjaman bernilai USD500 juta bagi membiayai sebahagian kos projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Najib juga mendedahkan bahawa pinjaman itu dibatalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas ia mengambil alih kuasa pada Mac.

Projek LRT Penang: Maaf, Kerajaan pusat tak jamin pinjaman negeri

 

 

Steven Sim.

Dalam menyelar keputusan itu, Sim menegaskan Pulau Pinang “tidak meminta pinjaman atau dana daripada kerajaan persekutuan untuk (membiayai) projek itu”.

“Jaminan pinjaman adalah langkah paling minimum yang boleh dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk Pulau Pinang,” kata Sim dengan menambah bahawa tinjauan mendapati 97.7% penduduk Pulau Pinang mahukan LRT.

Sim berkata dalam Belanjawan 2021, Putrajaya memperuntukkan RM15 bilion untuk beberapa projek berkaitan pengangkutan di Sabah, Sarawak, Johor dan Lembah Klang.

“Selain itu, turut diumumkan baru-baru ini bahawa kerajaan persekutuan akan membangunkan sistem monorel di Putrajaya dan membiayai projek sistem transit bernilai RM6 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

“Manakala projek pengangkutan bernilai berbilion ringgit dibiayai oleh kerajaan PN di negeri lain, jaminan pinjaman Pulau Pinang malangnya dibatalkan.

“Ia dibuat walaupun Pulau Pinang merupakan penyumbang cukai kedua terbesar di negara ini.”

Beliau menggesa kerajaan supaya mengembalikan semula jaminan pinjaman atau membiayai projek LRT Pulau Pinang sepenuhnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker