Maradona Pernah Tembak Wartawan

LONDON: Diego Maradona sememangnya ahli silap mata di padang – namun kadangkala dia mencuri tumpuan untuk sebab yang tidak sepatutnya.

Ikon Argentina itu meninggal dunia pada usia 60 tahun kelmarin selepas mengalami serangan jantung dekat rumahnya di Buenos Aires.

Tajuk akhbar di Lima, Peru mengenai kematian legenda Argentina, Diego Armando Maradona. - AFP
Tajuk akhbar di Lima, Peru mengenai kematian legenda Argentina, Diego Armando Maradona. – AFP

Pemergiannya mengingatkan peminat di seluruh dunia mengenai legenda Napoli dan Argentina itu.

Pada 1994, Maradona pernah berdepan masalah kerana menembak wartawan menggunakan senapang angin.

Empat orang cedera apabila dia melepaskan tembakan terhadap mereka di luar kediamannya di Buenos Aires.

Maradona didapati bersalah kerana melakukan serangan dengan senjata dan dikenakan hukuman penjara dua tahun 10 bulan namun ditangguhkan. – Agensi

Maradona Meninggal, Penyanyi Madonna Jadi Trending Bila Ada Netizen Ucap RIP Kepadanya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker