[VIDEO] Kucing Ini Boleh Buat Muka Sebijik Macam Watak Animasi “Puss In Boots”.. Bijaknya! 😂

Terkini di My KMU !!!!---->

Memiliki haiwan peliharaan di rumah dapat mengisi rasa kekosongan dan dapat menghiburkan hari anda.

Apatah lagi apabila haiwan kesayangan anda itu sejenis yang macam-macam perangai dan gelagat, memang riuh rumah jadinya.

Antara haiwan yang sering dipilih untuk dipelihara adalah kucing. Bulu halusnya yang gebu, dengan sifat manjanya membuatkan ramai yang mudah sayang pada haiwan ini.

Namun begitu, bagi kucing yang diberi nama Master Poe Poe ini memiliki kebolehan yang agak luar biasa. Jika anda pernah menonton filem Shrek mesti kenal dengan karakter Puss in Boots. Watak ini adalah seekor kucing oren yang bijak manipulasi dan minta simpati menerusi mimik muka kesiannya. Setiap kali dilanda masalah, Puss in Boots akan buat muka kesian dengan mata bulat dan sayu.

Karakter Puss In Boots dan Master Poe Poe
Karakter Puss In Boots dan Master Poe Poe

Haaa…Kalau anda nak lihat Puss in Boats versi realiti, Master Poe Poe inilah kucingnya. Menurut pemilik Master Poe Poe, kucing mereka ini akan membuat reaksi muka sebegitu apabila mahukan sesuatu. Master Poe Poe dipelihara sejak usianya 8 minggu. Ia sangat nakal, sweet dan clingy. Kucing ini juga suka dipeluk dan suka minta perhatian. Selain itu kucing ini juga memiliki pelbagai ekspresi muka.

Master Poe Poe
Master Poe Poe

Master Poe Poe mula menjadi perhatian ramai apabila video gelagatnya dikongsikan menerusi akaun TikTok. Berikut salah satu videonya yang mencuri perhatian ramai:

VIDEO :

Kredit: HCL

[VIDEO] Berkorban Apa Sahaja..Lelaki Bergelut Dengan Aligator Untuk Selamatkan Anjingnya

Leave a Reply