Pakar kecam Putrajaya batal kuarantin bagi individu dari Sabah

Bendera Sabah

PETALING JAYA: Seorang bekas timbalan menteri mempersoalkan keputusan kerajaan membatalkan kuarantin wajib 14 hari bagi individu datang dari Sabah yang disahkan negatif Covid-19 kerana ia bertentangan usaha mengurangkan jangkitan virus itu.

“Situasi di Sabah jauh daripada terkawal,” kata Dr Lee Boon Chye, timbalan menteri kesihatan di bawah kerajaan Pakatan Harapan terdahulu.

Peraturan kuarantin wajib 14 hari untuk pelawat dari Sabah yang disahkan negatif Covid-19 dibatalkan semalam. Kementerian Kesihatan berkata, penilaian risiko ke atas situasi Covid-19 menunjukkan trend penurunan kes di Sabah.

Lee yang tidak setuju, berkata masih ada banyak kluster aktif di negeri itu.



Beliau mendapati kes Covid-19 di Sabah, dalam beberapa hari ini, merekodkan 3 angka.

“Untuk mengatakan situasi di Sabah bertambah baik adalah salah,” katanya kepada FMT.

Semalam, bekas perdana menteri, Najib Razak turut mempersoalkan alasan di sebalik keputusan itu.

Individu pulang dari Sabah wajib kuarantin di rumah



Walaupun jumlah kes baru Covid-19 di Sabah berkurangan sejak minggu lepas, katanya, jumlah kes yang dikesan dari “kategori saringan lain” masih tinggi.

“Pada saya, ‘lain-lain saringan’ ini yang paling bahaya kerana ia adalah kes tidak berkait dengan mana-mana kluster yang sudah dikenal pasti dan setiap kes dari kategori ini mampu melahirkan sebuah kluster baru.

Tetapi, Najib bersangka baik terhadap perubahan syarat itu adalah berasas.



“Saya harap tidak ada kena-mengena dengan kepentingan politik memandangkan ada ahli Parlimen yang masih berada di Sabah yang mungkin dihalang untuk mengundi bagi bajet (Belanjawan) 2021.

“Jika ianya benar, saya lebih rela hari mengundi bagi bajet (Belanjawan) 2021 ditunda.”

Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam, yang mengetuai Malaysian Medics International, berkata sering ada risiko individu yang disahkan negatif semasa tiba dari Sabah boleh diuji positif kemudian.

“Mereka yang datang dari tempat berisiko tinggi perlu menjalani kuarantin kendiri. Kita perlu bertanggungjawab terhadap kesihatan kita.



“Jangan selalu bergantung kepada kuasa lebih tinggi untuk beritahu kita apa yang perlu dibuat. Sekiranya anda yakin mungkin berisiko terhadap diri atau orang lain, tolong buat perkara betul.”

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker