[VIDEO] Minta 5 Riyal Dari Ikang Yang Melawat Rumahnya…. πŸ˜‚πŸ˜‚

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video ikan berenang masuk rumah ketika banjir. Rakaman yang dikongsikan oleh individu tersebut telah menarik perhatian ramai.

Penghujung tahun memang sangat sinonim dengan musim tengkujuh. Purata hujan yang lebih tinggi berbanding kebiasaannya menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air. Ini memberikan kesan kepada penduduk setempat yang membuatkan mereka perlu berpindah ke penempatan sementara jika keadaan banjir teruk.

Biarpun begitu, dalam keadaan rumah dimasuki air banjir ada sesuatu yang turut menarik perhatian ramai. Melalui satu rakaman yang dikongsikan oleh Sid Razali, air yang sudah mula memasuki rumah namun masih di paras selamat itu telah menjadi perhatian ramai. Ini kerana dalam air banjir di dalam rumah itu turut kelihatan sekumpulan ikan sedang berenang memasuki kediaman tersebut sehingga beliau menawarkan harga ikan untuk dijual sebanyak RM5..Sungguh melucukan.



Rakaman berdurasi kurang dari 33 saat itu bagaimanapun tidak diketahui lokasi sebenarnya dan dipercayai sebuah kampung di negeri Pantai Timur Terengganu Darul Iman berdasarkan loghat bahasanya.

Berikut adalah rakaman yang menjadi perhatian ramai itu:

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:



 



Pakaian anak ‘Che Ta’ mencolok mata dan seksi ditegur ‘Bawang Rangers’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker