Pengguna saman aplikasi Muslim Pro

PARIS: Pengguna aplikasi solat, Muslim Pro di Perancis memfailkan saman terhadap syarikat aplikasi terbabit hari ini kerana dituduh menjual data pengguna kepada tentera Amerika Syarikat (AS).

Tuntutan saman yang didedahkan oleh radio RTL itu menuduh syarikat terbabit melakukan kesalahan perlindungan data, mencabuli kepercayaan, membahayakan nyawa dan tindakan membabitkan konspirasi pembunuhan.

Minggu lalu, kumpulan media Vice melaporkan mengenai bagaimana tentera AS membeli data geolokasi pengguna daripada beberapa aplikasi di seluruh dunia.

Aplikasi itu termasuk Muslim Pro, yang memudahkan pengguna untuk mengetahui masa solat dan arah kiblat, yang mempunyai 95 juta pengguna di seluruh dunia.

Didakwa jual data pengguna kepada tentera AS, Muslim Pro tampil menafikan

Menurut Vice, syarikat aplikasi terbabit menjual data pengguna kepada sebuah firma yang dikenali sebagai X-Mode, yang kemudian dijual kepada pasukan tentera AS.

Pasukan khas tentera AS pula dilaporkan menggunakan kesemua data yang diperoleh itu dalam beberapa misi di luar negara.

Sehari selepas Vice mengeluarkan laporan terbabit, Muslim Pro memaklumkan pihaknya sudah menamatkan semua perkongsian data dengan sejumlah syarikat lain. – AGENSI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker