112 angka paling tipis di dunia

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan Malaysia merupakan paling tipis majoriti di dunia dengan hanya 112 sokongan ahli parlimen.

Di pihak pembangkang, kata beliau, mempunyai 108 ahli parlimen dan kerajaan yang ada sukar untuk diseimbangkan.

“Oleh itu langkah yang paling wajar ialah dengan membubarkan parlimen dan adakan pilihan raya dengan segera,” katanya dalam wawancara Cepumas oleh Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Beliau memberi senario mungkin berlaku esok ketika pengundian di Dewan Rakyat bagi meluluskan Belanjawan 2021 seperti pemimpin Perikatan Nasional (PN) jika kuarantin tidak cukup datang dari Sabah, tidak boleh masuk dewan dan ada pula tidak sihat tinggal berapa sahaja yang boleh mengundi.



Beliau berkata, tidak ada masalah jika pilihan raya diadakan tetapi harus diletakkan syarat kempen hanya boleh berlangsung melalui media sosial.

Jika terdapat calon yang engkar, katanya perlu dibatalkan pencalonan.

Pada hari pengundian, jelas beliau segala prosedur bagi mengekang penularan wabak Covid-19 perlu dipatuhi sepenuhnya.

Beliau juga tetap dengan pendirian bahawa belanjawan itu hanya akan disokong apabila dua permintaan UMNO dipenuhi iaitu lanjutan moratorium pembayaran hutang bank secara automatik dan pengeluaran maksimum RM10,000 dari Akaun 1 KWSP tanpa syarat.



Menurut beliau perkara itu tidak sukar dilaksanakan kerana ia tidak melibatkan penambahan perbelanjaan sesen pun dalam belanjawan. SM

‘PN sukar yakinkan pelabur kerana majoriti tipis di parlimen’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker