Pancitkan kereta, curi duit

Polis menahan dua warga Colombia selepas dipercayai terbabit dalam kes mencuri wang tunai RM120,000 milik seorang ahli perniagaan pada 20 November lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata mangsa mengeluarkan wang berjumlah RM120,000 dari sebuah bank di Jalan Klang Lama.

“Namun setibanya mangsa di Lebuhraya Persekutuan kereta dinaiki mangsa bersama anaknya didapati pancit.

“Mangsa bersama anaknya keluar untuk menggantikan tayar yang pancit, selepas selesai mangsa mendapati beg yang mengandungi wang berkenaan hilang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Anuar berkata, susulan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pantai.

“Berpandukan laporan yang dibuat mangsa, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields mengesan suspek semalam di kawasan Bangsar.

“Pada jam 4 petang polis mengekori suspek yang menaiki kenderaan jenis Honda City dari Jalan Ara menuju ke Jalan Telawi sebelum menahan mereka,” katanya.

Menurutnya, ketika tangkapan dilakukan suspek wanita berusia 55 dan 70 tahun bertindak agresif dan cuba melarikan diri sebelum ditahan.



“Siasatan mendapati kedua-dua wanita berkenaan juga dipercayai terbabit dalam tiga kes mencuri wang dari kenderaan selepas mangsa mengeluarkan wang di bank menggunakan modus operandi sama.

“Suspek kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. BH

Lelaki rancang serang umat Islam diberkas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker