Serius La Noraniza Idris Top 3, Another Level Telinga Juri – Michael Ang

Terkini di My KMU !!!!---->

Ahad lepas telah berlangsung Gegar Vaganza minggu ke tujuh di PICC, Putrajaya. Seramai Sembilan orang penyanyi telah bersaing di atas pentas untuk menuju ke peringkat suku akhir pada minggu depan, minggu ke lapan.

Akhirnya vokalis kumpulan Success iaitu Aju telah mendapat markah terendah sekaligus disingkirkan dari Gegar Vaganza musim ke tujuh semalam.

Malam tadi, Oja mendapat markah tertinggi, manakala tempat kedua diduduki oleh Ashira. Tempat ketiga pula ialah Noraniza Idris yang menyanyikan lagu Wani Hasrita berjudul Canggung.

Melihat kedudukan Noraniza Idris mendapat tempat ketiga, ramai yang mula meragui permakahan dari pihak juri. Antara yang memberi pandangan ialah pengarah Michael Ang.

Menerusi laman media sosial, Michael Ang memberi pandangan peribadinya setelah menonton persembahan Noraniza Idris.

Ini tulisnya: “Kenapa version nyanyian dari Noraniza Idris ni macam weird. Dengar seperti lembab version ini. I do not like but dia akan selamat la”.

Kemudian setelah diumumkan mendapat tempat ketiga, Michael Ang dilihat kurang setuju dengan permakahan dari pihak juri. Ini pula tullisnya. “Serious la noraniza idris top 3. Another level eh telinga juri ni”.

Komen dari Michael Ang itu telah dipersetujui ramai warga maya. Rata-rata mengatakan ada lagi ramai penyanyi yang beri persembahan yang lebih baik dari Noraniza Idris yang lebih mesra dikenali dengan nama Kak Ani.

Ini antara komen dari warga maya: “Akhirnya ada juga orang dari kalangan industri ni yang berbunyi. Juri buat sedap je tu, kabel 14 tahun. Kesian yang betul-betuk nyanyi sedap tapi kena keluar”.

Seorang lagi menulis komen ini: “Sengau kelaut tapi juri cakap sedap, apo. Tak faham dengan juri”.

Pada minggu depan, akan diadakan peringkat suku akhir yang mana lapan orang peserta akan bertanding. Tema yang diberi ialah throwback gegar vaganza, yang mana para peserta akan menyanyikan lagu peserta Gegar Vaganza musim-musim yang lama-News-tel

Gegar Vaganza lebih penting berbanding nikah?

Leave a Reply