Pohon segera Bantuan Bayaran Bersasar Tambahan BSN

Terkini di My KMU !!!!---->

Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan Bantuan Bayaran Bersasar Tambahan kepada para pelanggannya dari 23 November hingga 30 Jun 2021.

Justeru, para pelanggan yang masih belum mendapatkan bantuan ini untuk bertindak segera dengan membuat permohonan melalui laman sesawang bank ini.

Bantuan tambahan disediakan kepada individu daripada golongan B40 berdaftar bagi Bantuan Sara Hidup (BSH)/ Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan perusahan mikro, kemudahan dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.

Para peminjam dalam kedua-dua kategori ini boleh memohon sama ada untuk menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam bulan.

Ketua Pegawai Operasi BSN, Kameel Abdul Halim berkata, bantuan ini akan disediakan untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 serta tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada masa peminjam memohon bantuan bayaran balik.

Bantuan juga turut disediakan untuk peminjam daripada segmen M40 yang pendapatan isi rumah mereka terjejas akibat pandemik Covid-19.

Dokumentasi permohonan juga lebih mudah bagi peminjam segmen M40 yang merupakan penerima BPN. MG

BPN 2.0 dibayar lebih awal babitkan lebih 7 juta penerima

Leave a Reply