KJ Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Hannah Yeoh

KJ Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Hannah Yeoh

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas kedua-dua pihak mengadakan satu perjumpaan.

Khairy yang pernah menjawat jawatan berkenaan bermula tahun 2013 hingga 2018 berkata, jemputan yang dibuat oleh Hannah itu adalah untuk berkongsi pandangannya berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.

“Terima kasih, Menteri @hannahyeoh atas jemputan untuk berkongsi pandangan berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.

“Selamat maju jaya di @KBSMalaysia!,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Hannah terdahulu menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan pertemuan bersama Khairy adalah bagi mendengar idea, pandangan dan pengalamannya semasa di Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau turut berkongsikan gambar kedua-dua mereka duduk semeja di laman media sosialnya itu.

Hannah baru-baru ini dilantik memegang portfolio tersebut pada 2 Disember lalu. SH

KJ Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Hannah Yeoh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker