Larangan jualan arak berita baik, jangan jadikan isu politik – Pala Kumaran

Pengumuman penjualan samsu di kedai runcit di Wilayah Pesekutuan bermula 15 Disember ini dan penamatan lesen jualan liquor di kedai runcit berkuat kuasa 1 Oktober semamangnya ditunggu MIC yang telah lama memperjuangkan isu tersebut.

Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan, D R Pala Kumaran berkata, parti itu telah lama berkempen mengenai isu tersebut, malah bekas Presidennya, Tun S. Samy Vellu pernah beberapa kali menyerahkan memorandum kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak berkaitan.

“Mudah sekali samsu atau minuman beralkohol di kedai-kedai berhampiran dengan kawasan perumahan bukan sahaja menjejaskan kesihatan, malah menyebabkan mereka tercicir dari arus perubahan dan pembangunan negara kerana dikawal oleh bahana arak.

“Hakikatnya ini akan membantu ramai di luar sana daripada terus terjebak dengan arak atau samsu haram seperti ini sekaligus menyelamatkan mereka daripada terpesong kepada isu-isu sosial lain,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Bagaimanapun menurut Pala Kumaran, beliau berasa pelik apabila terdapat individu yang bermain politik dengan menentang isu tersebut seolah-olah lupa ia adalah untuk kebaikan rakyat.

DBKL telah memperkenalkan garis panduan baharu mengenai lesen minuman keras berkuat kuasa minggu lepas dengan antaranya menetapkan kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Namun pengumuman itu tidak disenangi segelintir pimpinan DAP antaranya Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Menurut Kok Wai, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memohon supaya garis panduan baharu itu ditarik balik.

Pala Kumaran mendakwa, golongan tidak bertanggungjawab itu cuba menimbulkan kekeliruan serta rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

“Cuba baca dulu initipati serta garis panduan baharu ini, jangan memandai kelirukan umum timbulkan rasa kurang senang dan kebencian tidak bertempat untuk kepentingan politik semata-mata.

“Bukannya penjualan Lesen Minuman Keras diharamkan sepenuhnya sebaliknya hanya dihadkan kepada premis-premis tertentu sahaja. Malah penjualan minuman beralkohol tertentu seperti bir dibenarkan di kedai runcit atau serbaneka selagi peraturan garis panduan dipatuhi.

”Jadi tolonglah hentikan permainan murahan seperti ini dan lakukan sesuatu yang boleh membantu rakyat, jangan hanya bercakap sahaja sebaliknya juga laksanakan demi dan untuk rakyat,” katanya. MG

Larangan arak: DAP rancang bincang dengan peniga langkah selanjutnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker