Jom Semua!!!! 7 Canopy Walk Di Malaysia & Aktiviti Menarik Yang Wajib Anda Explore!

Hujung minggu tak ada idea nak buat aktiviti apa dengan kawan-kawan atau keluarga?

Sekarang tidak lagi! Daripada pergi shopping mall, apa kata sekali sekala anda cuba aktiviti luar pula, cuci mata tengok keindahan alam semula jadi. Wah, mesti tenang kan?

Mungkin ada yang familiar dengan nama canopy walk, dan mungkin juga ada yang belum tahu dekat Malaysia ni ada beberapa canopy walk untuk kita lawati.

Memandangkan sekarang masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), perhatikan daerah-daerah di mana anda dibenarkan pergi sebelum menuju ke salah satu tempat ini. Waktu operasi mungkin berbeza atau ada tempat yang ditutup buat sementara waktu.

Apa itu canopy walk?

Ia adalah laluan pejalan kaki di jambatan gantung yang panjang dan hanya bertiangkan sumber semula jadi iaitu dari satu pokok ke pokok yang lain.

Pada awalnya, canopy walk dibina untuk memudahkan para saintis berulang alik ke beberapa tempat semasa membuat kajian di dalam hutan.

Tetapi, sekarang ia telah dibuka kepada orang awam dan menjadi salah satu tourist spot di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

Di bawah adalah 7 canopy walk yang popular di Malaysia untuk diterokai:

1. Tree Top Walk Sungai Sedim

Image from Malaysia Traveller

Image via Malaysia Traveller

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah. Ia berada kira-kira 33 kilometer dari bandar Kulim.

Kanopi ini mempunyai ketinggian sebanyak 36 meter dari aras tanah. Lebih menarik lagi, ia memegang rekod laluan kanopi terpanjang di dunia iaitu 950 meter!

 

Alamat:
Tree Top Walk Sungai Sedim, Kampung Sedim,
09700 Karangan, Kedah

Harga Tiket:
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM6

Waktu Operasi:
9.00 AM – 5.30 PM

Antara aktiviti menarik:

  • Titian kanopi
  • Aktiviti air seperti water raftingtubing dan
    kayak
  • Aktiviti lasak seperti flying fox, abseiling,
    paintball 
    dan jungle trekking

Hubungi:
Telefon: 04-4901588
Emel: [email protected]

 

Image from Penang Travel Tips

Image via Penang Travel Tips

2. KL Forest Eco Park

Image from Airpaz Blog

Image via Airpaz Blog

KL Forest Eco Park terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Ia menawarkan laluan kanopi puncak yang baru dibina dan mempunyai ketinggian pada 15 meter dan panjangnya adalah 200 meter.

Walaupun bangunan pencakar langit di sekitarnya mencapai lebih tinggi daripada pokok-pokok dan laluan kanopi, KL Forest Eco Park akan memberikan pengalaman yang unik kepada pelancong yang datang.

Selain itu, anda boleh tangkap gambar Outfit Of The Day (OOTD) dekat sini sebab pemandangan dalam hutan dan nampak bangunan di sekitar dapat menghasilkan gambar yang super nice!

Image from Pinterest

Image via Pinterest

Alamat:
Lot 240, Jln Raja Chulan, Bukit Kewangan,
50250 Kuala Lumpur

Harga Tiket:
Warganegara Dewasa: RM10 | Pelancong Luar: RM40
Kanak-kanak: RM1 | Pelancong Luar: RM5

Waktu Operasi:
8.00 AM – 6.00 PM

Antara aktiviti menarik:

  • Titian kanopi
  • Denai jungle trekking

Hubungi:
Telefon: 03-20201606

Image from TripAdvisor

Image via TripAdvisor

3. Taman Negara Canopy Walk

Image from Bidadari.My

Image via Bidadari.My

Taman Negara Canopy Walk terletak di Kuala Tahan, Pahang. Jalan kanopi ini adalah salah satu laluan yang terpanjang di seluruh Malaysia iaitu 530 meter.

Pelancong boleh datang ke Taman Negara Canopy Walk dengan menaiki bot atau trekking. Ketinggiannya mencapai sehingga 45 meter dan terdapat lebih 10,000 tumbuh-tumbuhan serta 600 spesis haiwan yang berbeza di sini. Wow, menarik!

Image from TTG Asia

Image via TTG Asia

Alamat:
Kuala Tahan, Taman Negara Pahang
27000 Pahang

Harga Tambang Bot (berlepas pada jam 1.00 PM setiap hari):
Dewasa: RM55 sehala
Kanak-kanak: RM55 sehala

Waktu Operasi:
9.00 AM – 5.30 PM

Antara aktiviti menarik:

  • Titian kanopi
  • Eksplorasi sungai & hutan
  • Memancing
  • Kembara gua
  • Mendaki Gunung Tahan
  • Berkhemah
  • Pemerhatian burung
  • Lawatan ke penempatan Orang Asli
  • Lawatan ke Lata Berkoh & Santuari Kelah Lubuk Tenor
  • Bermalam di Bumbun

Hubungi:
Emel: [email protected]

Image from Taman Negara Pahang

Image via Taman Negara Pahang

4. Danum Valley

Danum Valley terletak di Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah. Kawasan hutan ini dikatakan sudah berusia 130 juta tahun. Untuk merasa tengok hutan ini, anda akan berjalan di atas laluan kanopi setinggi bangunan 13 tingkat.

Laluan kanopi berada di ketinggian pada 26 meter pada titik tertinggi dan menjangkau 300 meter. Danum Valley juga merupakan antara kawasan biodiversiti dan ekologi penting di dunia.

Bila anda sudah berada di Lahad Datu, anda perlu dapatkan pengangkutan untuk ke sini. Jarak dari pekan Lahad Datu ke Danum Valley adalah lebih kurang 80km (3-4 jam).

Image from Danum Valley

Image via Danum Valley

Alamat:
Danum Valley, Lahad Datu, Sabah

Antara aktiviti menarik:

  • Titian Kanopi
  • Jungle Trekking
  • Cari hidupan liar dalam gelap
  • Mandi di kolam semula jadi
  • Memahami ekologi dan pemuliharaan Borneo

Hubungi:
Telefon: 6088 486 168
Emel: [email protected]

Image from Tempat Menarik

Image via Tempat Menarik

5. Taman Negara Pulau Pinang

Seperti namanya, titian kanopi ini terletak di George Town, Pulau Pinang. Panjangnya adalah 250 meter dan boleh diakses setiap hari kecuali hari Jumaat.

Dari pintu masuk taman, anda hanya perlu berjalan kaki selama 20 minit untuk sampai ke titian kanopi. Sebaik saja anda berada di sana, anda boleh meneroka alam dan hidupan liar dari puncak pohon.

Image from TripSavvy

Image via TripSavvy

Alamat:
Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas,
11050 George Town, Pulau Pinang

Harga Tiket:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM3

Waktu Operasi:
8.00 AM – 5.00 PM

Antara aktiviti menarik:

  • Titian kanopi
  • Berkhemah & berkelah
  • Aktiviti air
  • Memancing
  • Mendaki bukit
  • Pusat konservasi penyu
  • Lawatan ke Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut

Hubungi:
Telefon: 04-881 3530 / 04-881 3500

Image from Capture The Atlas

Image via Capture The Atlas

6. Mulu Canopy Skywalk

Image from New Straits Times

Image via New Straits Times

Mulu Canopy Skywalk terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO Taman Nasional Gunung Mulu, Sarawak. Laluan kanopi ini yang dibina sejauh 20 meter di atas lantai hutan dan sepanjang 480 meter, menampilkan pemandangan udara yang indah.

Anda perlu berjalan sepanjang 6 kilometer selama 2 jam dan setiap kumpulan hanyalah maksimum kepada 6 orang sahaja. Lawatan pada awal pagi adalah digalakkan bagi mereka yang ingin melihat burung.

Image from New Straits Times

Image via New Straits Times

Alamat:
Gunung Mulu National Park,
No 11, Pekan Mulu, 98070, Miri

Harga Tiket:
Dewasa & kanak-kanak : RM45 (termasuk guide fee)

Waktu Sesi:
7.00 AM, 8.30 AM, 10.00 AM, 10.30 AM, 1.00 PM, 2.00 PM

Antara aktiviti menarik:

  • Titian kanopi
  • Aktiviti hutan
  • Bio-diversiti
  • Trekking

Hubungi:
Telefon: 6085 792 600
Emel: [email protected]

7. Poring Canopy Skywalk

Image from Suka Borneo Travel

Image via Suka Borneo Travel

Dengan panjang 175 meter, Poring Canopy Walk yang terletak di Ranau, Sabah adalah laluan kanopi terpendek dalam senarai ini. Namun, ia adalah salah satu jalan setapak tertinggi di Malaysia, iaitu berada di ketinggian 43 meter, lebih tinggi daripada bangunan lapan tingkat!

Jarak pintu masuk ke Poring Canopy Walk adalah lebih kurang  835 meter dari tempat letak kereta. Selepas pemeriksaan tiket, anda perlu berjalan kaki lagi sejauh 550 meter di jalan kerikil untuk menuju ke starting point laluan kanopi.

 

Alamat:
5, Jalan Poring,
89300 Ranau, Sabah

Harga Tiket:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM4

Waktu Sesi:
9.00 AM – 4.00 PM

Antara aktiviti menarik:

  • Titian kanopi
  • Kolam air panas
  • Taman kupu-kupu
  • Air terjun Kipungit
  • Air terjun Langanan
  • Gua kelawar

 

Jom guys, lepas PKPB ni ajak keluarga atau kawan-kawan pergi canopy walk dan buat macam-macam aktiviti sekali

Seismik

Covid-19: Lima taman awam di Sungai Petani ditutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker