Budak 11 tahun lari rumah, tinggal nota kepada ibu bapa

Budak lelaki itu bergaduh dengan ibu bapanya mengenai kerja sekolah. – SCMP

BEIJING, China  – Seorang budak lelaki yang melarikan diri dari rumah mendapat perhatian orang ramai selepas nota selamat tinggal kepada ibu bapanya tular di media sosial China, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Kanak-kanak berusia 11 tahun dari Shanghai itu melarikan diri selepas bertengkar dengan ibu bapanya mengenai kerja rumah. Dia meninggalkan nota sebelum melarikan diri pada tengah malam, lapor media China pada 20 September lalu.

“Ayah dan ibu yang dihormati, saya akan keluar selama beberapa hari (paling banyak tiga) untuk mengalami kesusahan dunia luar dan mempelajari kesukaran hidup,” tulis budak lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dalam surat tersebut.

Dia berjanji kepada ibu bapanya bahawa dia akan menyiapkan kerja sekolah selepas pulang dan menyatakan bahawa dia telah meninggalkan telefonnya di rumah. Ibu bapanya telah menghubungi polis keesokan paginya.



Menurut rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), budak lelaki itu membawa cadar semasa menaiki kereta api bawah tanah. Dia mengunjungi pusat beli-belah di mana pegawai polis menemuinya sehari selepas dia melarikan diri.

Nota budak lelaki itu menggelikan hati netizen di media sosial.

“Maksimum tiga hari. Dia mempunyai kawalan diri yang begitu kuat walaupun ketika melarikan diri dari rumah,” kata seorang netizen. – Agensi

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker