Ismail , Zahid sentiasa bertemu, Tok Mat tolak dakwaan Umno ‘tikam-menikam’
Ismail , Zahid sentiasa bertemu, Tok Mat tolak dakwaan Umno ‘tikam-menikam’
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menolak “cakap-cakap” wujudnya kem dalam parti itu memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan presiden, Ahmad Zahid Hamidi, sering mengadakan pertemuan berbincang masalah berbangkit.
Katanya, semua kepimpinan tertinggi Umno sering mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu berkaitan parti tanpa perlu menghebahkan kepada pihak luar.
Beliau berkata, pihak luar yang sentiasa “memukul gendang” kononnya Umno kini berpecah kepada beberapa kem tindakan pihak gemar mengadu domba untuk memecahbelahkan parti.
“Saya tak perasan pula ada banyak kem, tak ada (kem) pun. Dalam ucapan saya kepada ahli dan pimpinan Umno Kedah tadi pun ada menyebut perkara ini, mereka (pihak luar) tak tahu saya selalu jumpa dengan pemimpin-pemimpin dalam parti, tak akan saya nak uarkan hari ni saya jumpa perdana menteri dan muat status dalam Facebook saya,” katanya menurut Sinar Harian.
Mohamad berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kemungkinan Umno berpecah kepada tiga kem susulan pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berhubung “tikam-menikam” dalam parti itu.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya cubaan Mohamad menjatuhkan Zahid, dalam pertemuan dengan pemimpin lain, pada Mei lalu.
Mohamad ketika mengulas lanjut, berkata beliau enggan melatah dengan tuduhan dilemparkan, selain menyifatkan hanya kepimpinan dalam parti itu yang mengetahui perkara sebenar.
“Orang nak panggil kem siapa-siapa biarlah. Asalkan kami tidak terikut-ikut dengan dakwaan itu. Bak kata orang, kita tak menari ikut apa yang mereka pukul gendang. Kami relaks saja,” katanya. FMT
Ismail , Zahid sentiasa bertemu, Tok Mat tolak dakwaan Umno ‘tikam-menikam’
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose
You must be logged in to post a comment.