Kaji secara ilmiah ketegasan pemimpin dulu tangani vernakular

Share

Dasar penting berkaitan pendidikan mesti dilaksanakan secara tegas

BANGI, 30 Rabiulawal 1442H, Isnin – Kajian mengenai ketegasan pemimpin kini terhadap sekolah vernakular perlu dilakukan secara ilmiah.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata, beliau hairan apabila sikap tegas bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussien yang mengangkat bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Allahyarham Abdul Rahman Talib yang menundukkan pertubuhan radikal Cina tidak ada pada pemimpin sekarang.

“Secara umum saya hanya dapat menyatakan bahawa dasar-dasar penting negara, seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan mesti dilaksanakan dengan tegas untuk memenuhi aspirasi negara, terutama perpaduan dan jati diri kebangsaan, “ katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Sekolah vernakular tidak cukup sifat kebangsaan

Terdahulu, Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Hussin berkata, pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajar mengambil iktibar daripada sikap ambil berat Allahyarham Tun Razak terhadap bahasa Melayu sehingga mengangkat kedudukan SK di tahap tertinggi.

Sepanjang pemerintahan Allahyarham sebagai ketua negara selama enam tahun, setiap SK dilaporkan menerima peruntukan sangat lumayan jika dibandingkan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Abdul Raof berkata, bantuan buku teks juga hanya diberikan kepada mereka di SK sahaja, manakala sekolah vernakular langsung tidak menerimanya.

Beliau menambah, kisah ketegasan Allahyarham Abdul Rahman Talib yang menjadi satu-satunya Menteri Pelajaran berjaya menundukkan pertubuhan radikal Cina, Dong Jiao Zong perlu diteladani.

Lupakan sekolah 1 aliran selagi pemimpin Melayu tak tegas

Katanya, Allahyarham bukan sahaja berjaya mempengaruhi lebih separuh sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) untuk masuk ke dalam sistem pendidikan negara, dengan menggunakan kekuatan politiknya.

Katanya lagi, Allahyarham juga dengan tegas berjaya mewujudkan Akta Pelajaran 1961 yang mampu mengawal selia sekolah vernakular.

Malah, pengasas Jiao Zong, mendiang Lim Lian Geok turut dilucutkan kerakyatan atas kelantangannya menentang dasar pelajaran kebangsaan termasuk Penyata Barnes dan Penyata Rahman Talib 1960, katanya.

“Kita tengok waktu Rahman Talib, Pengerusi Jiao Zong dilucutkan kerakyatan. Masa itu Rahman Talib adalah Menteri Pelajaran, semangat Melayu sangat menebal,” katanya.

Apa istimewanya sekolah vernakular mahu peruntukan khas? – Prof Teo Kok Seong

Leave a Reply