Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia

SHAH ALAM – Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia sebentar tadi.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.

Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Suasana hiba menyelubungi Masjid Bilal Bin Rabbah, Taman Koperasi Polis di sini tatkala jenazah Allahyarham Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin tiba untuk urusan mandi dan kafan serta sembahyang jenazah.




Pekarangan masjid mula dipenuhi keluarga, sahabat rapat dan kenalan-kenalan Allahyarham bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sejak jam 10.15 pagi.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd merangkap Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan bekas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Raudhatul Sakinah,Taman Batu Muda Kuala Lumpur dan dijangka sebelum solat Zuhur.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 7 pagi tadi.



Allahyarham mula menyertai keluarga Sinar Harian pada 1 April 2019.

Sebelum ini beliau bersama Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd selama hampir 30 tahun.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker