Masih Mencari Kekuatan Diri, Bunga Citra Lestari (BCL) Tinggalkan Kerusi Juri Indonesian Idol

Masih Mencari Kekuatan Diri, Bunga Citra Lestari Tinggalkan Kerusi Juri Indonesian Idol

Bunga Citra Lestari atau BCL mengumumkan dirinya tidak lagi menjadi juri program pencarian bakat Indonesian Idol musim terbaharu.

Keputusan itu diambil penyanyi tersebut kerana ingin membangunkan semula kekuatan dirinya yang hilang selepas kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari lalu.

Taking my time.. Building my strength,” katanya dalam akaun Instagramnya, semalam.

Pada kemas kini yang sama, BCL juga memberi semangat buat teman juri yang lain dan ucap selamat agar musim baharu ini berjalan lancar.

Wishing everyone the best of luck @indonesianidolid @maiaestiantyreal @ari_lasso, @jud1ka, @ananghijau @itsrossa910 @boywilliam17 @fabian.dharmawan @dini.putri21.”

“Selamat melahirkan Idola baru,” tulisnya pada foto dirinya bersama hos program tersebut.

’12 Tahun Terindah’ luahan rindu Bunga Cinta Lestari terhadap Ashraf Sinclair


Musim baharu Indonesian Idol sendiri memulakan tayangan perdananya semalam (16/11/2020) dengan tema Idol A New Chapter.

Posisi BCL selaku juri digantikan oleh diva Indonesia, Rossa.

Pengumuman itu disambut baik oleh banyak sahabat dalam industri hiburan. Malah penulis novel terkenal, Asma Nadia juga meninggalkan komen agar BCL mengambil sebanyak masa yang diperlukan untuknya kembali bangkit.

Selain BCL, pengacara yang telah bersama Indonesian Idol selama 10 tahun, Daniel Mananta juga meninggalkan program realiti tersebut. Tempatnya digantikan oleh Boy William.-GEMPAK

Instagram: @bclsinclair

“TERIMA KASIH BUAT SAYA PERCAYA BAHAWA SAYA LAYAK UNTUK DICINTAI” – BCL

Trending: The Masked Singer Malaysia: Trending Lagi, Juri Tak Kalah Dengan Penonton & Nabila Huda Jadi ‘Nabila Minaj’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker