’12 Tahun Terindah’ luahan rindu Bunga Cinta Lestari terhadap Ashraf Sinclair

SIAPA yang tidak sedih kehilangan orang yang tersayang setelah lama hidup bersama lebih-lebih lagi insan tersebut merupakan insan paling istimewa dalam hidup kita.

Begitu juga dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tercinta iaitu pelakon, Ashraf Sinclair pada bulan Febuari yang lalu.

Terbaharu, penyanyi yang lebih dikenali dengan panggilan BCL itu telah melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul ’12 Tahun Terindah’ yang merupakan luahan perasaan rindunya terhadap suami tercinta.

Lirik lagu yang ditulis oleh BCL ini juga menyatakan bahawa beliau bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana telah meminjamkan Ashraf kepadanya selama 12 tahun untuk menjadi kenangan paling indah dalam hidupnya itu.

Sejak ia dilancarkan, lagu yang ditulis oleh BCL sendiri telah mendapat tontonan sebanyak 2 Juta di laman YouTube.

Sudah tentu lagu ini juga mendapat perhatian netizen dan kini sedang trending di laman sosial media.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker