Dr Mahathir sokong Muhyiddin secara sulit

Serangan berterusan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tak langsung memperkukuhkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, tindakan Dr Mahathir itu dilakukan apabila mengetahui Anwar sedang berusaha mengembalikan mandat rakyat yang dirampas oleh kerajaan pintu belakang.

”Langkah Dr Mahathir menyerang Anwar secara berterusan dipercayai adalah agenda licik untuk memastikan Muhyiddin terus kekal berkuasa.

”Maka tidak hairanlah jika dahulu beliau dengan sengaja meletakkan jawatan Perdana Menteri untuk memberikan laluan mudah kepada Muhyiddin.



”Membaca tindak tanduk dan gerak-geri Dr Mahathir, saya amat yakin bahawa kerajaan pintu belakang hari ini menerima sokongan Dr Mahathir secara sulit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, dikala usia Dr Mahathir yang menghampiri satu abad, beliau seharusnya berhenti berpolitik dan menumpukan kepada kehidupan peribadi.

Oleh itu. Dr Mahathir dinasihatkan untuk menghentikan segala agenda politik jahat kerana rakyat sudah muak dengan permainan politik kotor yang tidak menguntungkan rakyat. MG

Rasuah RM3 juta, bekas setiausaha sulit kanan bekas menteri didakwa esok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker