Bekas KSN Ali Hamsa dilantik sebagai pengarah Yi-Lai

KUALA LUMPUR: Pengeluar jubin yang disenaraikan di Papan Utama, Yi-Lai Bhd melantik Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai pengarah bebas bukan eksekutif baharunya.

Ali, yang memulakan perkhidmatan di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 1997, pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara yang ke-13 dari 24 Jun 2012 hingga 28 Ogos 2018.

Pengarah Eksekutif Yi-Lai Bhd, Au Yee Boon, berkata Ali dipilih berdasarkan gabungan pengalaman luasnya dalam akademik profesional serta sebagai ahli lembaga pengarah korporat.



Resolusi melampau, Dong Zong dangkal masih tak faham aspirasi pendidikan

“Kemahiran beliau dan hubungan dalam kerajaan serta sektor swasta tidak diragui akan menjadi nilai penting dalam usaha kami menjadi peneraju bagi pelabur tempatan dan serantau dengan prospek perniagaan yang kukuh.

“Pelantikan (Ali) menandakan langkah ke hadapan bagi kumpulan ini dalam usaha menyelaraskan aspirasi perniagaan bersama prospek yang lebih baik pada masa hadapan,” kata Au.



-BERNAMA

KWSP Akur, Walaupun Belum Menyeluruh Ini Juga Satu Kemenangan Buat Rakyat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker